Majlis MoU diantara KLTVET dan GITC

Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET MPPM) telah menjalankan persefahaman dalam memperkasakan TVET kepada masyarakat dam industri. Dengan terlaksananya persefahaman bersama Government – Industry TVET Coordination Body (GITC) akan membula lebih banyak peluang dalam penyediaan dan pembangunan kursus terkini daripada industri disamping berkongsi pengetahuan dan kepakaran bagi membangunkan lebih ramai tenaga mahir serta peluang persijilan., menyediakan tempat internship dan sebarang tujuan meningkatkan pendidikan dan latihan.

Persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh Presiden/ Pengasas Kuala Lumpur Business & TVET Institute iaitu Assoc. Prof. Is. Dr. Zam@Ab Razak Zamri bersama Ketua Pegawai Eksekutif Government – Industry TVET Coordination Body (GITC) iaitu En. Jamil Bakri di pejabat GITC yang berlangsuang pada 9 Sept 2024.

Diharap dengan terlaksana kerjasama ini dapat memberi impak yang besar dalam industri TVET disamping membuka lebih luas peluang pekerjaan dan pendidikan ke arah Negara maju.