Info Korporat

Latar Belakang

Ditakrifkan sebagai salah sebuah organisasi yang membantu dan  juga memberi pengetahuan perniagaan serta mampu memperjuangkan kepentingan perniagaan di pelbagai sektor secara berterusan dan menjadi sebagai sumber rujukan utama berkaitan pelbagai hal ehwal perniagaan.

Ditubuhkan bagi memastikan jaringan serta pemantapan bagi membantu Negara ke arah berdaya saing. Menganugerahan kecemerlangan dan membawa ke persada dunia.

MPPM ditubuhkan pada 21 July 2022

Misi

“Untuk memperkuat ekonomi Malaysia melalui pembangunan dan pemberdayaan sektor perniagaan, serta memberi sokongan kepada usahawan tempatan untuk mencapai kecemerlangan dalam perniagaan mereka.”

Visi

“Menjadi pemangkin utama dalam memperkasa dan memajukan ekosistem perniagaan Malaysia, melalui penyediaan perkhidmatan, pendidikan, sokongan, dan strategi yang holistik kepada komuniti perniagaan, dengan mengutamakan inovasi, keberkesanan, dan kelestarian.”

Motto: “Meneraju Keunggulan, Memperkasa Masa Depan”

Matlamat ​


Sokongan & Bimbingan

Menyediakan sokongan dan bimbingan yang diperlukan bagi memperkukuhkan keupayaan perniagaan.

.

Strategik Pemasaran​

Membina kefahaman yang mendalam tentang keperluan pasaran dan strategi perniagaan yang berkesan.

.

Keusahawanan

Meningkatkan kemahiran pengurusan, keusahawanan, dan inovasi dalam kalangan usahawan dan syarikat.

.

Kongsi Pengetahuan

Menggalakkan kerjasama antara pemilik perniagaan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang berguna

.

Anugerah Cemerlang

Mengiktiraf pencapaian cemerlang dengan menganjurkan anugerah kepada pemilik perniagaan dan syarikat yang berjaya.

.

Sumber Manusia​

Menyokong pembangunan sumber manusia yang berkualiti tinggi melalui latihan dan pengembangan profesional.

.

Kemasyarakatan

Aktiviti-aktiviti dan program kemasyarakatan termasuk penganjuran sesi-sesi perbincangan, dialog, seminar, program, latihan dan sebagainya.

.

Jaringan & Peluang

Memperluas jaringan perniagaan dan peluang kerjasama bagi memajukan pertumbuhan perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

.